Penghargaan
Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izinnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 4 yang bertajuk ‘ Malaysia Negara Berdaulat’ dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan saya iaitu En. Mohd Zamzuri B.Mat Idris di atas segala tunjuk ajak dan panduan yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Segela ilmu yang dicurahkan kepada saya ini akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk hari ini dan masa skan datang.Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan kerana telah memberi sokongan, semangat, dan petunjuk demi menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, tidak dilupakan kepada ibu bapa yang banyak memberi restu sama ada semasa saya melakukan tugasan ini dan juga sepanjang saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor.Sesungguhnya restu kedua ibu bapa amat penting untuk kehidupan yang sempurna terutama samasa masih belajar.
Sekian, Terima Kasih.
ISI KANDUNGAN
PERKARA | MUKA SURAT |
PENGHARGAAN | |
ISI KANDUNGAN | |
1.0 PENGENALAN | |
2.0 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN | |
3.0 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN | |
4.0 CARA MENGUBAL PERLEMBAGAAN | |
5.0KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA | |
6.0 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA | |
7.0 KESIMPULAN | |
Malaysia Negara Berdaulat
1.0 Pengenalan
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan,iaitu satu himpunan peraturan dan dasar negara kita. Perlembangaan persekutuan yang ada kini telah melalui sejarah penggubalan sejak tamat Perang Dunia II. Dalam bab ini terdapat banyak pendedahan dan penjelasan tentang perlembagaan negara Malaysia.
Di Malaysia, Perlembangaan Persekutuan digunakan sebagai alat atau sumber perundangan dan pemerintahan negara. Perlembagaan ini wujud melalui kehendak rakyat pelbagai kaum untuk kepentingan bersama.
Penggubalannya bermula daripada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union kemudian diikuti dengan perjuangan orang Melayu dan raja-raja Melayu, kepentingan kaum bukan Melayu seperti Cina, India dan kuam buniputera lain. Walaupun kepentingan antara golongan ini kadang-kadang mendaat tentangan namun, persetujuan tercapai melalui rundingan dan tolak ansur.
2.0 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Kronologi Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
1 APRIL 1946 | Mengisytiharkan pentadbiran Malayan Union di Malaya | -Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu manakala orang Bukan Melayu pula ada yang menyokongnya |
11 MEI 1946 | Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan | -Penentangan orang Melayu telah melahirkan Parti UMNO yang dikertuai oleh Dato Onn Jaafar |
1 FEBRUARI 1948 | Kerajaan British menubuhkan Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu | -Pentadbiran pelbagai kaum diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat dan menentang ancaman pengganas komunis. -Parti-partipolitik berasaskankaummuncul untuk menuntut kemerdekaan. -Parti-parti politik berasaskan kaum membentuk Parti Perikatan atas dasar tolak ansur dan rundingan. |
27 JULAI 1955 | Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama diadakan | -Parti Perikatan menang 51 kerusi dan PartiIslam Semalaya (PAS) menang 1 kerusi -Parti Perikatan diberi mandat untuk merundingkan kemerdekaan daripada British. -Kerajaan British berjanji untuk memberi kemerdekaan dengan syarat satu perlembagaan mesti digubal. |
1956 | Suruhanjaya Reid ditubuhkan | -Suruhanjaya Reid bermesyuarat beberapa kali dan menerima cadangan daripada pertubuhan dan orang perseorangan sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima. -Beberapa draf telah dikaji dan dipertimbangkan dengan asas tolak ansur tentang hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan kaum. |
15 OGOS 1957 | Perlembagaan Persekutuan diterima oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan | -Perlembagaan Persekutuan menetapkan pemerintahan yang berasaskan demokrasi berparlimen dan konsep raja berperlembagaan |
31 OGOS 1957 | Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan | -Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka |
27 MEI 1961 | Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama, mengumumkan gagasan untuk menubuhkan Malaysia | -persekutuan Tanah Melayu yang sudah merdeka akan bergabung dengan Tanah Jajahan British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. -Gagasan ini diterima dengan pelbagai reaksi dari Dalam negara dan antarabangsa. |
APRIL 1962 | Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan | -Suruhanjaya Cobbold meninjau pendapat pendudukSabah dan Sarawak serta merangka perlembagaan yang sesuai. -Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu |
16 SEPT 1963 | Negara Malaysia terbentuk (Pertsekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak) | -Brunei tidak menyertai Malaysia. -Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 OGOS 1965 dan sejak itu Malaysia terdiri daripada negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak -Sejak 16 SEPTEMBER 1963, Malaysia menggunakan Perlembagaan Persekutuan Malaysia |
3.0 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
· Perlembagaan ialah satu susunan rang undang-undang yang merangkumi prinsip dan dasar untuk tentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara.Perlembagaan juga dokumen bertulis berdasarkan Perlembangaan Tanah Melayu 1957.
· Perlembagaan dibentuk melalui sikap tolak ansur setiap kaum.Isu yang menyentuh sensitiviti perkauman berjaya diatasi melalui permuafakatan dan rundingkan semua kaum.
· Malaysia melaksanakan pemerintahan raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang mana pemerintahan demokrasi dijalankan secara perwakilan.Rakyat dilatih dan dididik dengan pengalaman pilihan raya untuk persiapan ke arah kerajaan berperlimen.Tuhan 1951,Sistem Ahli diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan .Ini dapat menyelesaikan masalah perkauman dan depan politik di Tanah Melayu.
· Pilihanraya pertama diadakan pada 1955 yang dimenangi oleh parti perikatan (UMNO, MCA, MIC)yang memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.Oleh itu,parti Perikatan telah membentukan kerajaan dan sebuah Jemaah Menteri telah ditubuhkan.
4.0 Cara Menggubal Perlembagaan
1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia lahir bersama-sama dengan kewujudan negara Malaysia pada tahun 1963
2. Perlembagaan ini mempunyai asas yang teguh kerana ia dibina berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
3. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diwujudkan pada 1 Februari 1948 merupakan perlembagaan yang menggantikan Perlembagaan Malayan Union yang Ditentang oleh Melayu.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membawa kepada pilihan raya umum pada Julai 1955 dan penubuhan kerajaan sendiri oleh Parti Perikatan yang merupakan parti politik pelbagai kuam.
5. Kerajaan dendiri menjadi asas kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dengan penggubalan sebuah perlembagaan yang teguh,mantap dan berwibawa.
6. Suruhanjaya Reid telah menerima cadangan dan pandangan pelbagai kumpulan, organisasi,dan individu.
7. Draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957 dan disertai oleh penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan merdeka.
8. Enam tahun kemudian Singapura,Sabah,dan Sarawak menyertai Persekutuan Tabah Melayu untuk membentuk negara Malaysia.
9. Pembentukan negara Malaysia,akan menwujudkan sebuah negara yang mempunyai golongan rtnik yang lebih besar dan lebih kompleks.Persediaan ke arah ini dilakukan dengan menubuhkan Suruhanjaya Cobbold yang bertanggungjawab untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
10. Setelah majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju,penggubalan perlembagaan baru dimulakan dengan Parlimen Persekutuan Tabah Melayu meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1967.Justera,negara Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
5.0 Kepentingan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a. Pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi.
b. Agama Ialam adalah agama rasmi tetapi kebebasan amalan agama-agama lain adalah dibenarkan.
c. Kedudukan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang.
d. Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera.
Berpandukan maklumat di atas,kita sedar bahawa perlembagaan penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui kerajaan bagi menjamin satu pentadbiran yang cekap,jujur dan adil.Perlembagaan juga menentukan kebebasan bercakap,kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama.Perlembagaan juga memastikan wujudnya keadilan social dan keamanan rakyatnya.Selain itu,perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancer bagi kemakmuran negara dan rakyat.
6.0 Peruntukan Utama Pelembagaan Malaysia
•Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara
•Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama,
kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
6.1 Bahasa
•Bahasa merupakan faktor yang penting dalam menentukan identity sesuatu bangsa.
•Para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan Negara memutuskan agar Negara memiliki satu bahasa kebangsaan untuk perhubungan umum,bahasa rasmi,dan alat untuk menyatukan rakyat berbilang kumpulan etnik.
•Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
•Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
•Peruntukan ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
•Walau bagaimanapun,peruntukan ini tidak menghalang penggunaan,pengajaran atau pembelajaran bahasa etnik lain atau bahasa asing
6.2 Agama
•Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
• Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
•Bagi negeri-negeri tidak beraja @ tanpa Sultan (Sabah, Sarawak, Melaka, P. Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
•Ketua agama Islam ialah
- Yang di-Pertuan Agong.
6.3 Kewarganegaraan
•Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
•Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
•Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
•Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara.
•Sesiapa yang menjadi rakyat, berhak untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu
•Misalnya,status ini memberikan hak untuk seprang warganagara:
a.Mengundi dalam pilihan raya.
b.Mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya,menjadi wakil rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
c.Memiliki harta dan membangunkannya.
d.Bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian nagara.
e.Menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan,perubatan dan sebagainya.
•Rakyat bertanggungjawab untuk:
a.Mematuhi undang-undang Negara dan negeri.
b.Memberi khidmat kepada Negara apabila diperlukan seperti mempertahankan Negara apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
c.Menyumbang terhadap produktiviti Negara dalam bidang masing-masing.
d.Menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan Negara seperti menyambut Hari Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.
6.4 Kebebasan Asasi
•Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
•Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
•Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
6.5 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
•Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
•Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
7.0 Kesimpulan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat.Kepimpinan di bawah pihak kerajaan sejak kemerdekaan Negara dilihat sebagai suatu kejayaan yang membanggakan kerana telah melakukan pelbagai perubatan dan tranformasi terhadap dasar,perlembagaan dan undang-undang Negara.Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa,bahasa,dan agama,kita masih dapat mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan dalam meneruskan kehidupan harian.Hal ini disebabkan oleh kebiiksanakan pemimpin yang mencorakkn pemerintahan yang adil dan saksana terhadap pelbagai kaum.Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia dan cintakan keamanan,sikap bertoleransi dan keterbukaan antara kaum perlu dikekalkan agar Negara kita harmoni dan tidak mudah diancam atau dicampurtangan oleh Negara lain.Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dengan aman di Malaysia.Hal ini kerana tiada nagara lain yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama dapat merai nikmat hidup harmoni seperti kita di Malaysia.
没有评论:
发表评论